Thursday, August 5, 2010

erti kehidupan..

Assalamualaikum.. aHlan wahsalam Wamarhaban bikum...
Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak... tanpa mereka sedari keadaannya. Aku umpama lelaki yang memainkan peranan yang amatlah penting. Dalam perjalanan hidup seseorang bernama halim.
Dilalui bermacam dugaan. Yang perlu ketabahan dalam setiap keputusan. Familinya besar... abangnya ramai. Rakannya terhad... begitu juga kenalannya. Berkenalan seorang demi seorang. Namun semuanya pergi begitu sahaja. Mungkin tidak sesuai... mungkin juga tidak sepadan. Mungkin juga ada halangan... mungkin juga tiada jodohnya. Diteruskan hidup sebagai satu permulaan. Yang ingin dilalui dengan penuh keyakinan. Hidup ini tidak akan mati selagi Allah masih di sisi. Semangat yang diberi akan selalu membantu dalam melayari hidup ini.
Walau mereka pergi meneruskan hidup yang dicari. Mereka bahagia dengan pilihan hati. Tidak ku cemburu ataupun sedih. Namun kentalnya hati mencari yang lebih memahami hati yang sunyi. Walau sunyi ku masih siuman. Memilih insan untuk bergelar teman. Teman bukan sembarang teman. Namun teman sehidup semati. Bukan tidak sabar... tapi ia adalah tuntutan. Tuntutan ugama untuk dipenuhi setiap insan. Tercapailah sebahagian ibadah... berumahtangga... suruhan Ilahi. Setiap insan punyai pasangan sendiri. Siapa pasangannya... tidak diketahui. Mungkin di sini... mungkin juga di sana. Allah tetapkan dari azali. Berdoa, bersabar dan berusaha... pekerjaan kita pastinya. Mencari dan mencari apa yang sudah diberi.
Percaya pada Allah... yang paling kritis. Percaya pada Nabi... memang penting sekali... Hormati ibu bapa... itu yang perlu diingati... Sayangi diri sendiri... juga harus dijagai.

tentang erti sahabat....

Ungkapan tentang erti sahabat

Pertama Sahabat Kanti

Kawan semangkuk sepiring makan

Kawan sebantal seketiduran

Kawan sebaya seperminan

Bagai kuku dengan daging

Bagai aur dengan tebing

Bagai ikan dengan air

Ke hulu sama ke hulu

Ke hilir sama ke hilir

Satu sakit dua terasa

Terbakar sama hangus

Terendam sama basah.

Luka tidak dipampas

Mati tidak diungkit

Sakit tidak disebut

Salah tidak ditimbang


Ungkapan tentang erti sahabat (kedua)

Kedua sahabat sepenggalah

Kasihnya terbatas-batas

Sayangnya berhingga-hingga

Ada buah sama menjolok

Buah habis galah dibuang

Ungkapan tentang erti sahabat (ketiga)

Ketiga sahabat kambing bujang

Kalau tidur sama sekandang

Kalau makan ke tengah padang

Kalau berbini tanduk-menanduk

Beradu kuat dengan keras

Lupa kandang

Lupa padang

(Permpuan punya pasal, gaduh sampai tak ingat kawan....)


Ungkapan tentang erti sahabat (keempat)

Keempat sahabat cerdik buruk

Yang bodoh dibodoh-bodohkan

Yang penakut dipelesi

Cerdiknya cerdik mengena

(Sahabat, atau tak patut di panggil sahabt langsung orang macam ni. Patut dihantar tembak. Orang yang suka mengambil kesempatan keatas kelemahan orang lain. Macam cerita raja-raja dulu. Selalu sahaja ikut cakap menteri tanpa menimbangkan keadaan sesuatu menggunakan akal sendiri. Cuma satu renungan....


Tuesday, August 3, 2010

..erti sahabat..

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?



Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di KKTI sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?



Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.


Tapi saya tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya saya doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata saya. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.



Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.



Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Saya pernah. Dan kawan saya ni burukkan saya dekat Lecturer saya sendiri. Sampaikan saya dengan kawan yg sama-sama jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh saya buat? KAWAN BAIK SAYA SENDIRI.


*Saya tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.
Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!*


Thursday, July 29, 2010

alamak....

alamak..sekali report ak x kena cop plak ngan cik sofia..adoi!!!
xpe2..baik ak wat report smbil siapkan ak nye karekter sebelum date line selasa depan..
nak kena tunjuk kat bos besar..klau x mau mati aku....
ak dah la x suka kena marah tapi klau ak marah xpe...wiwiwiwiwi

Sunday, July 25, 2010

praktikal....



ak rasa ade la nak dekat sebulan ak praktikal kat bgunan PTTC kat meru ipoh...
banyak pengalaman baru yg ak timba kat sini..ermm!!
paling mencabar wat 3D..uyooo..best jugak wat 3D ni..tapi ntah la..tapi bak kata org tua2..bersusah susah dahulu..bersenang-senang kemudian...






Saturday, July 24, 2010

berita hari ini...

Kes remaja hamil kronik
KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas..

Mayat bayi dalam tong sampah :

KUALA LUMPUR: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat serta uri ditemui mati dalam tong sampah di Flet Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul, malam kelmarin.

Pengutip terbabit terkejut sebaik membuka bungkusan apabila menemui satu objek menyerupai bayi. Selepas pasti ia adalah bayi, dia kemudian menghubungi polis.

Difahamkan, bayi itu mengalami kecacatan sumbing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati mayat bayi terbabit cukup sifat dan dipercayai baru dibuang.

“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang dalam tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui pemungut barang lusuh terbabit. Daripada pengamatan kami, bayi itu berketurunan Melayu.

“Namun kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kes terbabit,” katanya semalam.

Menurutnya, orang ramai yang ada maklumat kejadian diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu tidak berperikemanusiaan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Bakal isteri keempat :

KUALA LUMPUR: Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa dipantau keluarga, namun angkara cinta buta, seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.

ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.
ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.

“Saya bukan jenis liar sebab ayah dan ibu menjaga saya dengan sempurna. Saya diberi didikan agama manakala batas pergaulan saya sentiasa dipantau keluarga.
“Entah bagaimana, perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an membuatkan saya hanyut. Saya lupa keluarga... lupa dosa dan pahala,” kata Aleeya ketika ditemui baru-baru ini.

Baginya, lelaki itu membuatkan hidupnya bahagia sehingga dalam tempoh singkat dia dengan rela hati menyerahkan tubuhnya.

“Bukan saya tidak tahu perbuatan itu (seks sebelum berkahwin) berdosa. Saya juga tahu apa dibuat itu boleh membuatkan mengandung.

“Bagaimanapun, apabila nafsu menguasai diri, saya lupa segala-galanya. Saya merelakan diri diperlakukan seperti isteri,” katanya.

Menurutnya, lelaki ditemuinya disifatkan sangat baik dan bijak berkata-kata, membuatkan dia pasang impian untuk hidup bahagia.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu di kedai makan ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota dua tahun lalu. Perkenalan singkat itu membuahkan cinta sehingga kami kerap keluar bersama.

“Dia terlalu baik dan budiman. Selepas beberapa kali bertemu, secara terus terang dia beritahu dia sudah berkahwin dan ada anak, namun kerana perasaan sayang yang mendalam, saya rela menerimanya,” katanya

Keyakinan Aleeya terhadap lelaki itu semakin kukuh apabila turut diperkenalkan dengan isteri lelaki terbabit.

“Isteri lelaki itu menerima saya seadanya. Itu membuatkan saya rela menjadi isteri lelaki itu, sekali gus hidup bermadu. Namun hasrat bergelar isteri tidak kesampaian kerana keluarga tidak membenarkan saya berkahwin, sebaliknya mahu saya menumpukan kepada pelajaran,” katanya yang mengakui hubungannya dengan lelaki itu diketahui keluarganya.

Aleeya berkata, keluarganya meminta dia memberi tumpuan kepada pelajaran dan melupakan cintanya, tetapi dia tetap meneruskan hubungan terlarang itu.

“Setahun melakukan hubungan seks terlarang, saya dapati berlaku perubahan pada diri saya. Saya tidak datang haid selama dua bulan. Apabila melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan, rupa-rupanya saya mengandung,” katanya.

Perasaan panik menyelubungi Aleeya, namun dia tidak merujuk masalahnya kepada sesiapa melainkan kepada kekasihnya.

“Lelaki itu mahu bertanggungjawab dan segera mengahwini saya. Dia ajak pulang ke kampung saya dan memberitahu perkara sebenar kepada keluarga saya, namun saya tidak berani.

“Ketika itu saya berasa selamat kerana lelaki itu menunjukkan kesungguhannya mahu bertanggung jawab,” katanya.

Ketika mabuk bercinta, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya mempunyai bukan seorang tetapi tiga isteri.

Aleeya turut difahamkan, lelaki itu berkahwin lebih daripada satu menggunakan sindiket.

“Maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu. Saya berterus terang dengan lelaki itu dan dia menafikannya,” katanya.

Dia terus menaruh keyakinan dengan kejujuran lelaki itu sehingga sanggup menipu keluarga tidak pulang ke kampung ketika cuti semester kononnya mahu bekerja.
“Lama kelamaan saya tertekan dengan keadaan sedemikian. Saya akur dengan permintaan lelaki itu yang mahu membawa saya pulang ke kampung. Lelaki itu menjadi jurucakap saya kerana saya tidak berani berterus terang,” katanya.
Selepas rahsia terbongkar, lelaki itu menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aleeya, namun tidak dipersetujui keluarga.
“Mereka (keluarga) tidak mahu melihat saya menderita, apatah lagi selepas mengetahui sisi gelap lelaki itu, termasuk dakwaan kononnya dia beristeri empat,” katanya.
Menurut Aleeya, itu kali terakhir dia bertemu lelaki itu, namun cinta yang mendalam membuatkan mereka tetap berhubung.
“Isteri lelaki itu turut sentiasa bertanya khabar saya. Apa pun saya sedar, saya masih perlukan keluarga. Saya bersyukur keluarga masih menerima saya dan mahu memelihara anak yang dikandungkan.
“Saya sedar pengorbanan keluarga terlalu besar... mereka sanggup menanggung malu dan memberi semangat untuk terus kuat membina hidup baru,” katanya.
Aleeya berkata, keluarganya mahu dia meneruskan pelajaran dan berjaya dalam hidup.
“Apabila di samping keluarga, perasaan menyesal menerpa tak sudah-sudah. Saya hanya mampu menangis dan menyesali apa dibuat,” katanya.

uNtUk pErMuLaAn..!!


ni AkU nYe BlOgGeR yG BArU AkU cReAtEd PaDa 25 sEpTeMbEr 2010..
JaNgN tAnYa kEnApA aKu CrEatEd BlOgGeR nI SeBaB aKu PuN tAk Tau PaSaI PE..hehehe!!
TaPi pApE pOn ThAnK`s a LoT bEcOuSe TeNgOk-TeNgOk Ak NyE bLoGgER...
lOvE U aLL...